Author name: perwira

PERWIRA MENYERTAI SOLIDARITI BANTUAN BANJIR BERSAMA UITMCT

Pada 7 dan 8 Disember 2024, Kelab Perwira Malaysia dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain telah menyertai Program Solidariti Bantuan Banjir anjuran UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT). Program ini melibatkan pelaksanaan misi bantuan pasca banjir di Terengganu dengan fokus utama di daerah Dungun. Aktiviti turut diselaraskan melalui penglibatan UiTM Cawangan Selangor, Kampus Shah Alam. […]

PERWIRA MENYERTAI SOLIDARITI BANTUAN BANJIR BERSAMA UITMCT Read More »

TAKLIMAT PERTOLONGAN CEMAS DI PEJABAT PENDAFTARAN NEGERI SARAWAK

Satu sesi taklimat berkaitan kepentingan nyawa dan kemahiran pertolongan cemas telah disampaikan oleh En. Nur Azlan bertempat di Jabatan Pendaftaran Negeri Sarawak, Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Kuching. Taklimat ini bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan penguasaan Kemahiran Asas Pertolongan Kecemasan serta persediaan awal menghadapi bencana, khususnya bencana banjir. Penerapan ilmu dan kesedaran

TAKLIMAT PERTOLONGAN CEMAS DI PEJABAT PENDAFTARAN NEGERI SARAWAK Read More »

TAKLIMAT KEPENTINGAN PERTOLONGAN CEMAS KEPADA PELAJAR STRITI IMTIAZ, BANTING

22 November 2024 – Pelajar dan guru Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Imtiaz Banting Baru telah menyertai Program Pertolongan Cemas yang bertujuan meningkatkan kesedaran serta kefahaman komuniti sekolah terhadap kepentingan kemahiran asas menyelamatkan nyawa. Program ini telah dikendalikan oleh wakil PERWIRA, Ustaz Zaid Idrus, bersama Wira Azhar, menerusi sesi interaktif selama dua jam. Pengisian

TAKLIMAT KEPENTINGAN PERTOLONGAN CEMAS KEPADA PELAJAR STRITI IMTIAZ, BANTING Read More »

TAKLIMAT PERTOLONGAN KECEMASAN PADA KADET REMAJA SEKOLAH MENENGAH AGAMA SUNGAI MERAB LUAR

20 November 2024, Kadet Remaja Sekolah Menengah Agama Sungai Merab telah berpeluang mengikuti sesi taklimat berkaitan Pertolongan Cemas yang disampaikan oleh wakil Ibu Pejabat PERWIRA, Ustaz Zaid Idrus. Sesi perkongsian yang berlangsung selama satu jam ini menekankan kepentingan penguasaan kemahiran asas pertolongan cemas, termasuk penerangan dan demonstrasi teknik Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) yang tepat dan berkesan.

TAKLIMAT PERTOLONGAN KECEMASAN PADA KADET REMAJA SEKOLAH MENENGAH AGAMA SUNGAI MERAB LUAR Read More »

SUNDANG JATI DIRI MELAYU

“Sekiranya ingin merosakkan pokok maka rosakkan akarnya, sekiranya ingin merosakkan identiti bangsa maka rosakkan sejarahnya.” Setiap anggota Kelab Perwira Malaysia berpandukan enam Paksi Perwira sebagai landasan untuk terus maju ke hadapan. Seiring dengan prinsip tersebut, Paksi Pengetahuan, Identiti dan Perjuangan telah diterjemahkan menerusi penganjuran Program Seminar Sundang yang berlangsung pada 10 November 2024 (Ahad). Seminar

SUNDANG JATI DIRI MELAYU Read More »

BOOTH PAMERAN PERWIRA DI UNIKL MESTECH

Pameran Perwira di Universiti Kuala Lumpur – Institute of Medical Science Technology (UniKL MESTECH). Pameran ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam dan menjadi platform pendedahan kepada para pelajar terhadap peranan serta aktiviti kesukarelawanan yang dilaksanakan oleh Perwira. Sepanjang pameran berlangsung, para pelajar telah diberikan penerangan dan demonstrasi berkaitan pelbagai aktiviti dan kemahiran

BOOTH PAMERAN PERWIRA DI UNIKL MESTECH Read More »

KEM RADIO SATRIA X PERWIRA : PERKASAKAN KOMUNITI SARAWAK DENGAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BENCANA

Kelab Perwira Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia, Sukan, dan Pembangunan Usahawan Sarawak berjaya melaksanakan Kem Radio Satria x Perwira 2024 bertempat di Dewan Suarah Kota Samarahan, baru-baru ini. Program intensif selama tiga hari bermula 1 hingga 3 November itu bertujuan memberi pendedahan mendalam mengenai radio amatur, khususnya sebagai talian komunikasi alternatif sewaktu situasi kecemasan atau

KEM RADIO SATRIA X PERWIRA : PERKASAKAN KOMUNITI SARAWAK DENGAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BENCANA Read More »

PROGRAM MALAM SOLIDARITI PALESTIN: SETAHUN TAUFAN AL-AQSA, DIMANA KEPIMPINAN UMAT?

27 Oktober 2024, Persatuan Pembina UniSZA dengan kerjasama Kelab Perwira Malaysia Sekretariat Negeri Terengganu berjaya menganjurkan program Malam Solidariti Palestin: Setahun Taufan Al-Aqsa di UniSZA Kampus Gong Badak. Program ini diadakan bertujuan memperingati setahun peristiwa Taufan Al-Aqsa serta memberi impak kepada kesedaran peserta mengenai penderitaan rakyat Gaza. Selain itu, ia menjadi ruang diskusi penting bagi

PROGRAM MALAM SOLIDARITI PALESTIN: SETAHUN TAUFAN AL-AQSA, DIMANA KEPIMPINAN UMAT? Read More »

WAKIL KELAB PERWIRA MALAYSIA TAMAT LATIHAN SIMULASI BENCANA ANTARABANGSA (RANDEX 2024)

Seramai tiga orang wakil Kelab Perwira Malaysia berjaya menyempurnakan latihan intensif dalam program Rakan Nadma Disaster Simulation Exercise 2024 (RANDEX 2024) yang berlangsung dari 27 hingga 30 Oktober di Bukit Fraser. Latihan yang diadakan di beberapa lokasi strategik termasuk Kuala Lumpur dan Bukit Fraser ini bertujuan mempersiapkan sukarelawan dengan kemahiran pengurusan bencana pada skala tempatan

WAKIL KELAB PERWIRA MALAYSIA TAMAT LATIHAN SIMULASI BENCANA ANTARABANGSA (RANDEX 2024) Read More »

PERKONGSIAN ILMU SUKARELAWAN MAHIR KEPADA MAHASISWA INNOVATIVE UNIVERSITY COLLEGE

Program Asas Sukarelawan Mahir anjuran Kelab Perwira yang berlangsung semalam berjaya memberikan pendedahan mendalam kepada para mahasiswa tentang selok-belok dunia sukarelawan mahir. Kelab Perwira berharap melalui program sebegini, para mahasiswa dapat bersedia dan bermotivasi tinggi untuk terlibat dalam dunia sukarelawan yang berkemahiran tinggi.  keranya anda mampu memberikan sumbangan berharga kepada masyarakat, serta meneruskan tradisi berbakti.

PERKONGSIAN ILMU SUKARELAWAN MAHIR KEPADA MAHASISWA INNOVATIVE UNIVERSITY COLLEGE Read More »

Scroll to Top

JOM MASUK PERWIRA

Sila Lengkapkan Borang Pendaftaran Dibawah :