BOOTH PAMERAN PERWIRA DI UNIKL MESTECH

UTAMA > BOOTH PAMERAN PERWIRA DI UNIKL MESTECH

Pameran Perwira di Universiti Kuala Lumpur – Institute of Medical Science Technology (UniKL MESTECH). Pameran ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam dan menjadi platform pendedahan kepada para pelajar terhadap peranan serta aktiviti kesukarelawanan yang dilaksanakan oleh Perwira.

Sepanjang pameran berlangsung, para pelajar telah diberikan penerangan dan demonstrasi berkaitan pelbagai aktiviti dan kemahiran asas kesukarelawanan. Antara pengisian utama di Gerai Pameran Perwira termasuk Pameran Simpulan dan Ikatan, Persediaan Bug Out Bag, pengenalan Peralatan Keselamatan Air serta Peralatan Komunikasi Radio Amatur. Penganjuran pameran ini secara tidak langsung membantu meningkatkan kesedaran serta minat pelajar terhadap penglibatan dalam aktiviti kesukarelawanan dan kesiapsiagaan komuniti.


PAMERAN PERWIRA DI UNIKL MESTECH 4
PAMERAN PERWIRA DI UNIKL MESTECH 3
PAMERAN PERWIRA DI UNIKL MESTECH 2
PAMERAN PERWIRA DI UNIKL MESTECH 1

BANTUAN KELIMA

𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗞𝗨𝗟 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗪𝗜𝗥𝗔 𝗗𝗜 𝗗𝗘𝗜𝗥 𝗕𝗔𝗟𝗔𝗛 𝟱 𝗠𝗔𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟰 Alhamdulillah syukur, Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Pada 5 Mac 2024, bantuan seterusnya

Scroll to Top

JOM MASUK PERWIRA

Sila Lengkapkan Borang Pendaftaran Dibawah :