RALAT:
Bagi anda yang menerima mesej dari Admin tentang tarikh program pada 30 Jun – 1 Julai 2023, tarikh baru telah dipinda pada 1 – 2 Julai (Sabtu & Ahad). Harap Maklum.
‘Korban Bersama Perwira’ merupakan sebuah program yang menghimpunkan para sukarelawan bagi memenuhi tenaga kerja sewaktu aktiviti ibadah korban berlangsung. Perwira menyediakan platform tenaga kerja sukarelawan dalam aktiviti ini dalam memberi ruang dan peluang kepada para sukarelawan untuk menabur bakti kepada masyarakat orang asli di 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗔𝘀𝗹𝗶 Baner Tengkoh, 𝗝𝗲𝗹𝗲𝗯𝘂, 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗺𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻.
Program akan berlangsung pada 1 – 2 Julai 2023(Sabtu & Ahad) dengan anggaran seramai 60 orang tenaga sukarelawan yang akan turut serta. Dalam memenuhi tuntutan ibadah korban tahun ini, Kelab Perwira Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Aman Palestin dan masyarakat orang asli Jelebu, Negeri Sembilan akan bersama menumbangkan lembu korban, dan hasilnya akan diedarkan kepada masyarakat orang asli.
Perwira ingin menyeru anda semua untuk bersama dan menjadi sukarelawan dalam program ini. Disini kita tabur bakti, beri khidmat dan sebarkan kebaikan serta semai kemanusiaan.







