โSekiranya ingin merosakkan pokok maka rosakkan akarnya, sekiranya ingin merosakkan identiti bangsa maka rosakkan sejarahnya.โ
Setiap anggota Kelab Perwira Malaysia berpandukan enam Paksi Perwira sebagai landasan untuk terus maju ke hadapan. Seiring dengan prinsip tersebut, Paksi Pengetahuan, Identiti dan Perjuangan telah diterjemahkan menerusi penganjuran Program Seminar Sundang yang berlangsung pada 10 November 2024 (Ahad).
Seminar ini telah disampaikan oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah (Ustaz Amin), yang berkongsi hasil kajian beliau berkaitan senjata istimewa masyarakat Melayu, iaitu Sundang. Perkongsian tersebut merangkumi aspek sains pembuatan senjata, termasuk penggunaan komposit besi, di samping menghuraikan nilai identiti dan falsafah di sebalik Sundang yang mencerminkan kehalusan ilmu serta kemahiran bangsa Melayu terdahulu.
Program ini bukan sahaja memperkukuh pemahaman terhadap sejarah dan warisan bangsa, malah menyuntik kesedaran tentang kepentingan mempertahankan identiti melalui ilmu dan penghayatan sejarah. Ayuh bersama Kelab Perwira Malaysia dalam usaha melengkapkan keperluan rohani dan jasmani, seterusnya memupuk semangat untuk sentiasa Bersedia dan Berbakti kepada masyarakat.


