KECEMASAN
UTAMA > AKTIVITI > KECEMASAN
PENGENALAN
Program kemahiran ilmu mengendali situasi kecemasan merupakan silibus asas bagi ahli Perwira. Latihan ini membentuk diri supaya sentiasa tenang dalam situasi, patuh kepada SOP kecemasan dan kaedah pengendalian yang betul bagi mengurangkan kerosakan yang telah berlaku.

KANDUNGAN MODUL
Terdapat 3 kandungan modul bagi aktiviti Kecemasan:-

Pertolongan Cemas
Memberi pendedahan asas pertolongan cemas bagi menghadapi situasi kecemasan sebelum dikendalikan pihak perubatan. Ia turut melalui beberapa senario bagi memberi kesan khas dirasai setiap ahli.

Asas Kebombaan
Melatih dan melengkapkan diri setiap ahli Perwira dengan kemahiran asas kebombaan. Ia turut akan memberi bakti dalam waktu-waktu kecemasan dan memerlukan sukarelawan bomba.

Asas Mencari & Menyelamat
Menyediakan ahli Perwira dengan kemahiran menyelamat mengikut standart dan piawaian yang sesuai. Persediaan kemahiran ini bagi persiapan menghadapi bencana berskala besar.

ASAS PENGENDALIAN BOT
Melatih dan melengkapkan diri setiap ahli Perwira dengan kemahiran asas pengendalian bot. Pasukan ini terdiri daripada ahli Perwira terlatih yang boleh digerakkan ke kawasan banjir dalam tempoh yang cepat. Mereka mampu beroperasi di kawasan zone merah.
senarai aktiviti
Antara senarai aktiviti dan program yang telah dilaksanakna oleh Kelab Perwira bagi aktiviti Kecemasan seperti:-

ASAS KEBOMBAAN
Perwira bersama masyarakat Ulu Bernam melaksanakan program kemahiran kebombaan bersama pasukan bomba Kuala Kubu. Antara aktiviti seperti mengendali haiwan berbisa dan pemadaman api.
FEBRUARI 19, 2022

ASAS PERTOLONGAN CEMAS BERSAMA MASYARAKAT KAMPUNG
Perwira melaksanakan program asas pertolongan cemas bersama penduduk kampung Gesir, Ulu Bernam Selangor. Seramai 30 orang peserta mengikuti program ini. Antara aktiviti seperti anduhan, kepatahan, luka, pendarahan dan bantu mula CPR.
FEBRUARI 18, 2022

LATIHAN KENDALIAN BOT BENCANA
Kelab Perwira Malaysia menerusi Skuad Lanchang (Bot) pada 5 dan 6 Februari lepas telah melaksanakan latihan kendalian asas bot bertempat di Tasik Raban, Lenggong, Perak. Fokus latihan kali ini berkaitan buka pasang bot angin, kaedah mengemudi dan asas keselamatan bot, serta simulasi kendalian waktu malam. Kemahiran bencana pula berkaitan teknik mengangkut mangsa banjir serta kaedah tunda bot rosak.
FEBRUARI 5-6, 2023

asas pertolongan cemas perwira sabah
Kelab Perwira Malaysia telah laksanakan siri latihan asas pertolongan cemas bersama para sukarelawan dari Sabah. Seramai lebih 30 orang telah turut serta dalam program ini. Rata-rata adalah sukarelawan baru menyertai Perwira. Antara aktiviti dijalankan seperti balutan, kepatahan, dan pendarahan.
JUN 6, 2022