KEMAHIRAN
UTAMA > AKTIVITI > KEMAHIRAN
PENGENALAN
Program kemahiran adalah bagi melatih tahap kesiagaan, fokus, kawalan diri serta ilmu pengetahuan dalam menguruskan aktiviti harian. Latihan-latihan ini mampu memberikan keseimbangan diri yang baik dari segi fizikal Perwira itu sendiri.

KANDUNGAN MODUL
Terdapat 5 kandungan modul bagi aktiviti Kemahiran:-

BERENANG
Melatih asas berenang sehingga asas menyelamat mangsa lemas. Program ini turut meningkatkan kemahiran aktiviti air dan menguasai air.

memanah
Melatih tangan dan mata ketika melakukan tugasan yang berbeza iaitu menyasarkan dan melepaskan anak panah berdasarkan penglihatan.

BERKUDA
Melatih kemahiran berkuda yang betul termasuk mengendalikan emosi sendiri agar dapat menguasai keadaan dan haiwan yang dikawal.

perpaipan & elektrik
Memberi pendedahan asas berkaitan survival bandar
dalam pengendalian perpaipan dan elektrikal.

Kendali Haiwan Berbisa
Memberi pendedahan mengenai pengendalian haiwan berbisa seperti ular. Ia mengajar mengawal situasi dan teknik betul jika dipatuk atau disengat haiwan berbisa.
senarai aktiviti
Antara senarai aktiviti dan program yang telah dilaksanakna oleh Kelab Perwira bagi aktiviti Kemahiran seperti:-

asas memanah 'compound bow'
Kelab Perwira Malaysia menerusi Skuad Memanah seramai 10 orang telah menjalankan program latihan asas bagi mengasah kemahiran sedia ada. Latihan pada 5 Feb 2023 (Ahad) menekankan kemahiran ‘Self Confident’ dalam melepaskan anak panah.
FEBRUARI 5, 2023

amali memanah ibu pejabat
Hari ini para pegawai Ibu Pejabat Perwira telah melaksanakan latihan rutin kemahiran iaitu amali mengendalikan ‘Compound Bow’ yang lebih dikenali sebagai ‘Memanah Pemburu’. Latihan ini memberikan kemahiran khusus dari kaedah memasang, menyelenggara dan memanah sasaran.
MEI 18, 2022

amali KEMAHIRAN RENANG (KARDIO)
Ahli Perwira melaksanakan rutin latihan renang seperti biasa bersama jurulatih dan Pegawai yang terlibat. Kemahiran renang merupakan salah satu kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh ahli Perwira. Ia berkait rapat dengan silibus dan juga kemahiran kendiri seperti dinyatakan dalam peringkat Perwira Muda.Latihan yang kali ini memfokuskan kepada kekuatan kardio dan daya tahan badan ahli bagi memboleh mereka berenang dengan lebih jauh dan lebih lama.
JUN 28, 2022

program tot jurulatih renang
Kelab Perwira Malaysia telah pun menggerakkan siri latihan renang khas buat ahli Perwira. Rata-rata pelatih dari kalangan Ketua Seksyen yang sedang menjalani TOT sebagai Jurulatih Renang Perwira. Usaha ini sedang dikemaskini bersama dengan jawatankuasa teknikal Ketua-Ketua Seksyen Perwira.
FEBRUARI 14, 2022

program penilaian renang perwira
Ahli Perwira amnya dalam projek khas kemahiran renang telah melalui penilaian semasa bagi memastikan ilmu yang telah dipelajari mampu dipraktikkan dengan betul. Dikendalikan oleh Pengurus Kelab Perwira sendiri, Nik Rafie Zainal Alam, setiap ahli melalui beberapa ujian dan penilaian mengikut silibus ditetapkan.
JULAI 2, 2022