DIBUKA — PENDAFTARAN AHLI PERWIRA UNTUK MENJADI SUKARELAWAN MAHIR

IKUTI KAMI:

PERKHEMAHAN

UTAMA > AKTIVITI > PERKHEMAHAN

PENGENALAN

Program kemahiran perkhemahan adalah bertujuan menyediakan ahli Perwira dengan keadaan dan situasi di luar zon teknologi. Ia melatih kepakaran ilmu hutan dalam menjejak laluan, mengenal tumbuhan, penyediaan tempat berlindung dan banyak lagi. Latihan-latihan ini mampu memberikan keseimbangan diri yang baik dari segi fizikal Perwira sendiri.

KANDUNGAN MODUL

Terdapat 4 kandungan modul bagi aktiviti Perkhemahan:-

IKHTIAR HIDUP

Merupakan suatu keadaan genting dalam usaha untuk terus hidup. Menggunakan apa-apa sumber disekeliling kita bagi tujuan kelangsungan hidup didalam hutan, bukit, paya dan gunung.

Pendakian Gunung

Menyediakan ahli dengan pengetahuan dan kepekaan dalam selok-belok sesuatu gunung yang hendak didakinya. Merupakan salah satu aktiviti outdoor yang paling lasak dan mencabar bagi melatih kekuatan fizikal ahli.

Simpulan ,ikatan & Gajet

Melatih tangan dan mata ketika melakukan tugasan yang berbeza iaitu menyasarkan dan melepaskan anak panah berdasarkan penglihatan.

kawad kaki

Melatih kemahiran berkuda yang betul termasuk mengendalikan emosi sendiri agar dapat menguasai keadaan dan haiwan yang dikawal.

senarai aktiviti

Antara senarai aktiviti dan program yang telah dilaksanakan oleh Kelab Perwira bagi aktiviti Perkhemahan seperti:-

kem asas survival (siri 1)

Pada 24 – 25 Sept 2022 yang lepas, Perwira dari Seksyen 2 dan 4, Negeri Selangor berjaya menjalankan Kem Asas Survival Siri 1 bertempat di Kem Suara Rimba, Sg Gabai, Selangor.  

SEPTEMBER 24, 2022

KEM ASAS SURVIVAL (SIRI 2)

Pada 25 – 26 Feb 2023, Kelab Perwira Malaysia menerusi Skuad Rimba dibantu Skuad Memanah dan Semboyan telah berjaya melaksanakan Kem Survival versi 2.0 yang telah berlangsung di Batang Kali, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

FEBRUARI  25, 2023

hiking gunung pulai, johor

Puncak Gunung Pulai yang berkedudukan sekitar 600m dari aras laut berjaya ditawan. Program diketuai seorang pegawai dari Ibu Pejabat Perwira dan sekitar 25 orang peserta tidak dijangka juga seorang peserta kategori ‘Veteran’ turut berjaya tiba ke puncak.

JULAI 31, 2022

HIKING LUBUK TEDUNG, SELANGOR

Seksyen 1 dan 3 Perwira berjaya melaksanakan aktiviti rekreasi luar menawan puncak Lubuk Tedung, Selangor bersama warga Perwira Selangor pada 4 September 2022. Kehadiran seramai 15 orang peserta terdiri dari pelbagai latar belakang  turut memeriahkan program.

SEPTEMBER 4, 2022

HIKING SUNGAI LEPOH, SELANGOR

Pada 20 Julai 2022, Perwira Selangor sekali lagi berjaya menawan Sg Lepoh, Hulu Langat melalui Seksyen 1 dan 3 Perwira Selangor  Sekurang-kurangnya hampir 26 orang telah turut serta dalam program ini.

JULAI 20, 2022

LATIHAN PENGKHUSUSAN SURVIVAL

Berlangsung pada 12 Mac 2023 di hutan Sg. Tangkas bersama 8 orang orang ahli diketuai seorang jurulatih. Modul latihan seperti menyalakan api secara modern dan primitive, membuat gadget, dan membuat katil medan menggunakan kayu.

MAC 12, 2023

Scroll to Top

JOM MASUK PERWIRA

Sila Lengkapkan Borang Pendaftaran Dibawah :