WAKIL KELAB PERWIRA MALAYSIA TAMAT LATIHAN SIMULASI BENCANA ANTARABANGSA (RANDEX 2024)

UTAMA > WAKIL KELAB PERWIRA MALAYSIA TAMAT LATIHAN SIMULASI BENCANA ANTARABANGSA (RANDEX 2024)

Seramai tiga orang wakil Kelab Perwira Malaysia berjaya menyempurnakan latihan intensif dalam program Rakan Nadma Disaster Simulation Exercise 2024 (RANDEX 2024) yang berlangsung dari 27 hingga 30 Oktober di Bukit Fraser.

Latihan yang diadakan di beberapa lokasi strategik termasuk Kuala Lumpur dan Bukit Fraser ini bertujuan mempersiapkan sukarelawan dengan kemahiran pengurusan bencana pada skala tempatan dan antarabangsa.

Antara pengisian utama sepanjang program empat hari tersebut termasuk:

  • Hari Pertama: Pendedahan mengenai teori pengurusan bencana serta pengendalian pasukan perubatan di lapangan.
  • Hari Kedua & Ketiga: Peserta melalui simulasi penuh misi kemanusiaan global yang mencabar, termasuk mengurus penempatan sementara mangsa bencana alam dalam situasi konflik keselamatan.
  • Hari Terakhir: Penekanan kepada ketahanan fizikal, mental, dan semangat kerjasama berpasukan dalam menghadapi elemen kejutan di lapangan sebenar.

Kejayaan menamatkan program ini membuktikan kesediaan Kelab Perwira Malaysia sebagai pelantar utama dalam melahirkan Sukarelawan Mahir. Pihak kelab berharap lebih ramai wakil dapat dihantar pada masa hadapan bagi memantapkan lagi kesiapsiagaan membantu masyarakat dan negara dalam situasi kecemasan.

TAMAT LATIHAN SIMULASI BENCAMA ANTARABANGSA 4
TAMAT LATIHAN SIMULASI BENCAMA ANTARABANGSA 3
TAMAT LATIHAN SIMULASI BENCAMA ANTARABANGSA 1
TAMAT LATIHAN SIMULASI BENCAMA ANTARABANGSA 2

BANTUAN KELIMA

𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗞𝗨𝗟 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗪𝗜𝗥𝗔 𝗗𝗜 𝗗𝗘𝗜𝗥 𝗕𝗔𝗟𝗔𝗛 𝟱 𝗠𝗔𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟰 Alhamdulillah syukur, Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Pada 5 Mac 2024, bantuan seterusnya

Scroll to Top

JOM MASUK PERWIRA

Sila Lengkapkan Borang Pendaftaran Dibawah :