TENTANG KAMI
UTAMA > TENTANG KAMI
KATA ALUAN
Assalamualaikum wa rahmatuallahi wa barakatuh
Pertama kali, saya ucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T atas limpah dan kurnianya memberi kekuatan dan ilham dalam menubuhkan Kelab Perwira Malaysia, tidak dilupakan juga buat sahabat dan teman seperjuangan yang turut bersama dalam menyumbang idea penubuhan ini.
Asas pembentukan Kelab Perwira Malaysia adalah menggabungkan dua perkara penting dalam penubuhan ini. Pertama, membentuk semangat juang cintakan tanah air disamping mengambil cakna isu bumi umat Islam. Kedua, setiap program yang disusun perlu membawa kepada penambahan kemahiran dan pengetahuan.
Perwira sentiasa menekankan bahawa perlunya kita menjaga sesama rakyat Malaysia bagi menjamin keharmonian yang telah dikecapi sekian lama perjuangan nenek moyang bagi memerdekakan kita dari tangan penjajah sekaligus mengecapi kemakmuran sedia ada.
Oleh itu, saya mengajak orang ramai di luar sana untuk turut serta bersama Kelab Perwira Malaysia, menyumbang tenaga dalam mengembalikan Islam dipersada dunia.
Nik Muhammad Rafie Bin Nik Zainal Alam
Pengerusi Kelab Perwira Malaysia
VISI, MISI DAN
OBJEKTIF PERWIRA
Jom kenali visi, misi dan objektif bagi Kelab Perwira Malaysia:-
- Visi perwira
- misi perwira
- objektif perwira
Sebuah pertubuhan yang berperanan dalam mengumpul dan memimpin masyarakat bagi memupuk semangat cintakan tanah air dan cakna isu kemanusiaan
Menjadi Organisasi Utama Yang Berperanan Dalam Membentuk Sukarelawan Berkemahiran Tinggi, Jatidiri Yang Seimbang Dan Menyeluruh Dalam Aspek Jasmani, Emosi, Rohani Dan Intelektual
Menjadi Platform Utama Kesukarelawanan Yang Mengumpulkan Dana Sumbangan Kemanusiaan Dan Bersedia Memberi Bantuan Tenaga Dalam Menguruskan Bantuan Kemanusiaan
Memiliki Jaringan Bersama Agensi Kerajaan Dan Swasta Dalam Mengembangkan Semangat Patriotisme Dan Keharmonian negara
Menerapkan kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat tentang kepentingan mempertahankan Wilayah Umat Islam.
Menjalankan program keilmuan dan kerohanian bertujuan mendidik dan membentuk jatidiri dikalangan ahli Perwira.
Menyusun latihan berbentuk fizikal bagi menambah ilmu pengetahun dan kemahiran
Menjalin hubungan bersama agensi luar dalam mendapatkan sokongan tentang kepentingan menjaga kedaulatan negara Islam.
Perwira sebagai platform bagi masyarakat awam melibatkan diri dalam usaha menyemai kesedaran menjaga keharmonian negara.
Pengurusan Ibu pejabat
Pentadbiran Ibu Pejabat Perwira dianggotai oleh 5 orang kakitangan yang berfungsi sebagai penggerak utama pengurusan. Terbahagi kepada 4 jabatan utama iaitu Program, Hal Ehwal Perwira, Media dan Pentadbiran & Kewangan.
Nik Muhammad Rafie Bin Nik Zainal Alam
Pengerusi PERWIRA
‘Umar Bin Mohd Annuar
Program & Latihan
Mohd Azmir Bin Samadi
Pembangunan Ahli
Nurul Afiqah Binti Nadzri
Pentadbiran & Kewangan
Muhammad Alif BIN Hamzah
Media & Komunikasi
PASUKAN KAMI
Pentadbiran Ibu Pejabat Perwira turut dibantu oleh Pegawai Kanan 1 (PK1) yang juga merupakan ketua bagi setiap seksyen. Pergerakan seksyen dipantau penuh dan digerakkan oleh setiap ketua seksyen bagi mencapai objektif program Perwira.
Muhammad Farhan Kamal
Ketua Seksyen 1
Nurul Umairah Binti Sahidin
Ketua Seksyen 2
Norkhatijah Binti Abd Jabar
Ketua Seksyen 3
Fatin Husna Kamal
Ketua Seksyen 4
Mohd Zaid Idrus Saaidy
Ketua Seksyen 5
Mohamad Fareez Hassan
Ketua Seksyen 6
Umar Nasir
Ketua Seksyen 7
PENGKHUSUSAN PASUKAN
Pengkhususan pasukan dibentuk mengikut minat dan kepakaran setiap ahli perwira dalam menarik minat ahli mengikut kemahiran dan kepakaran yang mereka minati serta memberi peluang kepada mereka berkongsi ilmu serta pengalaman. Setiap pengkhususan turut melahirkan lebih ramai jurulatih yang terlatih mengikut pengkhususan yang telah ditetapkan.
Pentadbiran Ibu Pejabat Perwira turut dibantu oleh Pegawai Kanan 1 (PK1) yang juga merupakan ketua bagi setiap seksyen. Pergerakan seksyen dipantau penuh dan digerakkan oleh setiap ketua seksyen bagi mencapai objektif program Perwira.
F.R.O.N.T
Seksyen 1
SKUAD MEMANAH
Seksyen 2
SKUAD PENJEJAK GUNUNG
Seksyen 3
SKUAD SEMBOYAN
Seksyen 4
SKUAD BARRACUDA
Seksyen 5
SKUAD RIMBA
Seksyen 6
SKUAD LANCHANG
Seksyen 7