Program Asas Sukarelawan Mahir Perwira merupakan sebuah cabang program bagi mereka yang baru ingin mengenali #sukarelawanmahir anjuran Perwira. Ia merupakan sebuah sub-program dalam menyediakan seorang sukarelawan agar menjadi mahir dengan asas yang diperlukan dalam menghadapi situasi genting.
Program ini dilaksanakan setiap bulan bersama muka baru yang berkeinginan menambah pengetahuan dan kemahiran sukarelawan ke tahap yang lebih baik. Antara aktiviti yang bakal para sukarelawan lalui seperti penyelamatan di air, SOP ketika bencana, serta komunikasi bencana yang akan berlangsung sekitar 4 jam dan dijamin setiap aktiviti juga adalah sangat menyeronokkan.
Perwira membuka peluang kepada semua sukarelawan di luar sana, ayuh kita kukuhkan kemahiran dengan menjadi #sukarelawanmahir dan bantu lebih ramai yang memerlukan di luar sana.
