PENYERTAAN PERWIRA SEBAGAI JURULATIH DI PROGRAM MUKHAYYAM KHORIJI MAAHAD TAHFIZ AL-FATEH 2024

UTAMA > PENYERTAAN PERWIRA SEBAGAI JURULATIH DI PROGRAM MUKHAYYAM KHORIJI MAAHAD TAHFIZ AL-FATEH 2024

Kelab Perwira Malaysia berjaya menyempurnakan Program Mukhayyam Khoriji 2024 yang melibatkan pelajar dari Maahad Tahfiz Al-Fateh, bermula 30 Ogos sehingga 1 September lalu.

Sepanjang tiga hari program berlangsung, para peserta telah mengikuti lapan slot modul latihan yang disusun khas oleh barisan Jurulatih Perwira. Program ini bertujuan untuk melatih kemahiran dan jati diri generasi muda agar menjadi individu yang sentiasa bersedia berkhidmat demi tanah air.

Kejayaan program ini turut didorong oleh kerjasama erat daripada pihak Mudir dan guru-guru (ustaz) yang turut turun padang memberikan sokongan. Selain itu, faktor cuaca yang baik sepanjang hujung minggu tersebut membolehkan semua aktiviti dijalankan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Pihak Kelab Perwira Malaysia berharap agar khidmat latihan seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi melahirkan generasi Al-Quran yang bukan sahaja berilmu, malah berkemahiran tinggi dan cintakan negara.

program mukayyam
program mukayyam 1
program mukayyam 3
program mukayyam 2

BANTUAN KELIMA

𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗞𝗨𝗟 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗪𝗜𝗥𝗔 𝗗𝗜 𝗗𝗘𝗜𝗥 𝗕𝗔𝗟𝗔𝗛 𝟱 𝗠𝗔𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟰 Alhamdulillah syukur, Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Pada 5 Mac 2024, bantuan seterusnya

Scroll to Top

JOM MASUK PERWIRA

Sila Lengkapkan Borang Pendaftaran Dibawah :