Sekretariat Perwira Kedah dengan kerjasama Pasukan Sukarelawan Yayasan Ikhlas Alor Setar telah melaksanakan satu misi bantuan pembersihan di beberapa lokasi yang terjejas teruk. Operasi ini tertumpu kepada sebuah surau di Kampung Alor Melintang serta sebuah kediaman di Taman Tabung Haji, Kepala Batas. Seramai 14 orang sukarelawan telah terlibat secara langsung dalam menjayakan misi tersebut.
Menurut Pengurus Sekretariat Perwira Kedah, Ujar Zulfikar Azlan, pihaknya komited untuk membantu komuniti yang terkesan agar dapat bangkit semula pasca bencana. Aktiviti pembersihan melibatkan kerja-kerja menyingkirkan lumpur dan sisa banjir, di samping memastikan kawasan yang terjejas kembali selamat dan sesuai untuk digunakan. Usaha ini mencerminkan semangat kesukarelawanan serta keprihatinan berterusan terhadap kebajikan masyarakat setempat.


