Melaka antara negeri yang terjejas akibat dari banjir dan hujan lebat yang melanda pada Oktober 2021. Kerosakan harta benda yang berlaku sangat pantas sehingga telah meragut nyawa seorang pasukan penyelamat bomba dalam kejadian arus deras banjir kilat di Kampung Sungai Putat. Mengetahui tentang keadaan yang melanda, kelab Perwira Malaysia menerusi sukarelawan kami telah turun membantu mereka yang terkesan dan terjejas dengan banjir tersebut. 1 kumpulan seramai 20 orang bergerak dengan 3 kenderaan membawa peralatan pembersihan dan bantuan pek makanan.
Beberapa keadaan dan kerosakan yang dialami oleh penduduk setempat berjaya dirakam kan oleh Unit Media Perwira. Keadaan benar-benar teruk sewaktu banjir melanda. Perwira seramai 20 orang kakitangan dan sukarelawan telah bersama-sama penduduk setempat dalam usaha memulih dan membersih di beberapa lokasi terjejas.


