KOMUNIKASI

UTAMA > AKTIVITI > KOMUNIKASI

PENGENALAN

Peranan utama bagi menyediakan perkhidmatan komunikasi serta menyalurkan infomasi dan maklumat yang benar dan tepat kepada masyarakat selain dapat melahirkan ramai ahli perwira yang mahir serta berkeupayaan dalam mengurus dan mengendalikan radio amatur.

KANDUNGAN MODUL

Terdapat satu kandungan modul bagi aktiviti Komunikasi:-

RADIO AMATUR

Mengetahui cara pengendalian SOP yang betul,
mempunyai kemahiran asas teknikal radio amatur dan
menjalani latihan bersama-sama ahli Perwira dalam
seksyen.

senarai aktiviti

Antara senarai aktiviti dan program yang telah dilaksanakan oleh Kelab Perwira bagi aktiviti Komunikasi seperti:-

AMALI RADIO AMATUR PEMULA

Perwira seramai 6 orang menjalani latihan dan amali pemula bagi pengendali radio bersama Kelab Jalur Selatan Radio Amatur (JASRA) di Ayer Keroh Melaka. Program pemula ini menggambarkan keadaan dan situasi seorang pengendali radio amatur berlesen di Malaysia.

JULAI 7, 2022

TAKLIMAT KOMUNIKASI BENCANA

Perwira pada 13 Nov 2022 (Ahad) telah menerima jemputan taklimat daripada Malaysia Amateur Radio Emergency Service (MARES) dalam persediaan #sukarelawanmahir bagi tugas sukarelawan bencana. MARES mengoperasi bantuan komunikasi radio bencana alternatif bagi petugas-petugas keselamatan barisan hadapan. Seramai 10 perwira telah menghadiri sesi ini dan insha Allah kami bersedia membantu masyarakat.

NOVEMBER 13, 2022

LATIHAN BENCANA 'EXERCISE GENTING'

Perwira bersama MARES bergabung dalam satu program latihan bersama pasukan penyelamat dalam Ex Genting pada tahun lepas. Kemahiran yang dibekalkan adalah berkaitan komunikasi alternatif yang menyokong komunikasi utama pasukan penyelamat dalam misi-misi yang dijalankan. 

OKTOBER 20, 2022

Scroll to Top

JOM MASUK PERWIRA

Sila Lengkapkan Borang Pendaftaran Dibawah :