KUALA LUMPUR – Kelab Perwira Malaysia terus komited menjalankan misi dakwah dan kemahiran menerusi siri taklimat “Kepentingan Nyawa dan Pertolongan Cemas” yang dilaksanakan di Sabah, Selangor, dan Pahang baru-baru ini.
Inisiatif tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran awam yang masih rendah terhadap kemahiran asas pertolongan cemas, terutamanya ketika berhadapan situasi kritikal dan bencana alam.
Respons positif yang diterima di ketiga-tiga lokasi membuktikan masyarakat kini semakin peka terhadap keperluan ilmu pertolongan cemas. Kelab Perwira Malaysia berharap lebih banyak modul latihan dapat dianjurkan pada masa akan datang bagi melahirkan komuniti yang mahir dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.


