BANTUAN KEDUA

UTAMA > BANTUAN KEDUA

Alhamdulillah, Kelab Perwira Malaysia pada 3 Feb 2024, sekali lagi berjaya menyampaikan bantuan awam kepada mangsa-mangsa perang di G4z4 dalam kempen Bantuan Kecemasan Palestin.

Bantuan diteruskan dengan pemberian 2 khemah, 100 bakul sayuran dan wang tunai kepada mereka yang sangat memerlukan di sekitar Bandar R4f4h.

Bantuan yang dihulurkan memberi manfaat kepada lebih 120 orang pelarian perang dengan anggaran sebanyak USD 5000 atau bersamaan RM23,800

Kali ini seramai 120 orang penerima manfaat di mana salah sebuah khemah telah berjaya disumbangkan kepada keluarga Essam Alkhozondar yang terdiri daripada 10 orang. Khemah tersebut bernilai USD 850, yang pada asalnya hanya USD 500.

Inilah kesan perang ke atas ekonomi dan kehidupan para pelarian, harga barang naik mendadak dan sangat tidak stabil. Sumbangan berbentuk makanan dan wang tunai juga diberikan kepada 100 orang  pelarian Palestin, mangsa perang 120 hari di Gaza.

Kami mengucapkan jutaan 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 kepada semua ahli Perwira, penyumbang serta rakyat Malaysia. Kejayaan ini membuktikan ahli Perwira mempunyai semangat kemanusiaan yang hebat dan tinggi. Kami masih percaya, picisan 𝘀𝗶𝗻𝗮𝗿 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗮𝗱𝗮 dan berharap Malaysia terus menyokong Pal3st1n.

BANTUAN KELIMA

𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗞𝗨𝗟 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗪𝗜𝗥𝗔 𝗗𝗜 𝗗𝗘𝗜𝗥 𝗕𝗔𝗟𝗔𝗛 𝟱 𝗠𝗔𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟰 Alhamdulillah syukur, Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Pada 5 Mac 2024, bantuan seterusnya

Scroll to Top

JOM MASUK PERWIRA

Sila Lengkapkan Borang Pendaftaran Dibawah :