Satu sesi taklimat berkaitan kepentingan nyawa dan kemahiran pertolongan cemas telah disampaikan oleh En. Nur Azlan bertempat di Jabatan Pendaftaran Negeri Sarawak, Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Kuching.
Taklimat ini bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan penguasaan Kemahiran Asas Pertolongan Kecemasan serta persediaan awal menghadapi bencana, khususnya bencana banjir. Penerapan ilmu dan kesedaran ini amat penting bagi memastikan komuniti lebih bersedia, berdaya tahan dan mampu bertindak dengan tepat sekiranya berdepan sebarang situasi kecemasan pada masa akan datang.


