TAKLIMAT KEPENTINGAN PERTOLONGAN CEMAS KEPADA PELAJAR STRITI IMTIAZ, BANTING

UTAMA > TAKLIMAT KEPENTINGAN PERTOLONGAN CEMAS KEPADA PELAJAR STRITI IMTIAZ, BANTING

22 November 2024 – Pelajar dan guru Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Imtiaz Banting Baru telah menyertai Program Pertolongan Cemas yang bertujuan meningkatkan kesedaran serta kefahaman komuniti sekolah terhadap kepentingan kemahiran asas menyelamatkan nyawa.

Program ini telah dikendalikan oleh wakil PERWIRA, Ustaz Zaid Idrus, bersama Wira Azhar, menerusi sesi interaktif selama dua jam. Pengisian program memfokuskan kepada penerangan dan demonstrasi kemahiran asas pertolongan cemas, termasuk teknik Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) yang betul dan berkesan.

Sepanjang program berlangsung, para pelajar dan guru menunjukkan tahap penglibatan yang amat baik serta memberikan respons yang positif. Penganjuran program ini berjaya meningkatkan kesedaran komuniti sekolah terhadap kepentingan penguasaan kemahiran pertolongan cemas sebagai persediaan awal dalam menghadapi situasi kecemasan, selaras dengan usaha membentuk masyarakat yang lebih peka dan bersedia.

TAKLIMAT PERTOLONGAN KECEMASAN 4
TAKLIMAT PERTOLONGAN KECEMASAN 3
TAKLIMAT PERTOLONGAN KECEMASAN 2
TAKLIMAT PERTOLONGAN KECEMASAN 1

BANTUAN KELIMA

𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗞𝗨𝗟 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗪𝗜𝗥𝗔 𝗗𝗜 𝗗𝗘𝗜𝗥 𝗕𝗔𝗟𝗔𝗛 𝟱 𝗠𝗔𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟰 Alhamdulillah syukur, Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Pada 5 Mac 2024, bantuan seterusnya

Scroll to Top

JOM MASUK PERWIRA

Sila Lengkapkan Borang Pendaftaran Dibawah :