Kelab Perwira Malaysia melakar satu lagi pencapaian baharu melalui penganjuran Program Candat Sotong Perwira 2024 yang berlangsung selama dua hari bermula 17 Ogos lalu. Program yang disertai oleh 15 orang peserta ini merupakan antara pengisian terbaharu kelab tersebut bagi memberikan pengalaman unik kepada ahli. Selain aktiviti mencandat, program ini bertujuan memperkukuh ikatan persahabatan dan semangat kerjasama dalam kalangan peserta melalui aktiviti di laut. Program tersebut yang bukan sahaja berjaya sebagai aktiviti rekreasi, malah menjadi medan membina jaringan komuniti yang lebih erat dalam kalangan ahli Kelab Perwira Malaysia.

BANTUAN KELIMA
𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗞𝗨𝗟 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗪𝗜𝗥𝗔 𝗗𝗜 𝗗𝗘𝗜𝗥 𝗕𝗔𝗟𝗔𝗛 𝟱 𝗠𝗔𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟰 Alhamdulillah syukur, Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Pada 5 Mac 2024, bantuan seterusnya

