Alhamdulillah, Kelab Perwira Malaysia telah berjaya melaksanakan Program Ibadah dan Bakti Korban 2024 di beberapa negeri termasuk Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu dan Sabah dengan kerjasama pelbagai pihak strategik serta sokongan masyarakat setempat. Program ini melibatkan pelaksanaan ibadah korban dan agihan daging kepada golongan asnaf, masyarakat luar bandar, komuniti Felda serta masyarakat Orang Asli, sekali gus menyantuni ratusan keluarga penerima manfaat. Usaha ini bukan sahaja bertujuan melaksanakan tuntutan ibadah, malah memperkukuhkan semangat kebersamaan, dakwah dan keprihatinan sosial dalam kalangan masyarakat. Kelab Perwira Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para peserta korban, rakan kerjasama, ahli dan semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga segala amal ibadah diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

BANTUAN KELIMA
đđđĄđ§đ¨đđĄ đđđđđđĄ đđđđ¨đ đ đđđđĄđđĄ đŁđđĽđŞđđĽđ đđ đđđđĽ đđđđđ đą đ đđ đŽđŹđŽđ° Alhamdulillah syukur, Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Pada 5 Mac 2024, bantuan seterusnya