PERWIRA MENYAHUT KEMPEN “MEMBAWA PULANG SAMPAH YANG DIBAWA”

UTAMA > PERWIRA MENYAHUT KEMPEN “MEMBAWA PULANG SAMPAH YANG DIBAWA”

Pada 18 Mei 2024, sempena Program Pendakian Perwira di Bukit Batu Putih, Pusat Rekreasi Tanjung Tuan, Port Dickson, ahli Kelab Perwira Malaysia telah bertembung dengan pasukan sukarelawan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diketuai oleh Dr. Suhaili binti Abu Bakar, Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan dan Kesihatan.

Menurut Dr. Suhaili, usaha membersihkan sampah di kawasan pantai berhampiran amat penting bagi memastikan kelangsungan hidup hidupan laut dan dua alam agar tidak menjadi mangsa pencemaran sisa buangan di pesisir pantai. Menyahut seruan tersebut, Perwira turut serta membantu sebagai komitmen terhadap pemeliharaan alam sekitar.

Program Pendakian Perwira ini dianjurkan oleh Kelab Perwira Malaysia melalui Skuad Malim Gunung, salah satu skuad yang ditubuhkan bagi melahirkan jurulatih Malim Gunung yang berkemahiran dalam pendakian serta kemahiran survival di hutan, khususnya bagi keperluan misi Search & Rescue (SAR). Program ini juga bertujuan menarik minat masyarakat untuk bersama-sama menyertai perjuangan Perwira dalam berbakti kepada rakyat Malaysia.

Alhamdulillah, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 29 orang peserta yang kesemuanya berjaya mengharungi cabaran pendakian Bukit Batu Putih. Selain itu, program ini turut diserikan dengan pelaksanaan aktiviti tanggungjawab sosial (CSR) di kawasan pantai berhampiran Lighthouse Cape Rachado.

ย 

KEMPEN MEMBAWA PULANG SAMPAH YANG DIBAWA 1
KEMPEN MEMBAWA PULANG SAMPAH YANG DIBAWA 3
KEMPEN MEMBAWA PULANG SAMPAH
KEMPEN MEMBAWA PULANG SAMPAH YANG DIBAWA 2

BANTUAN KELIMA

๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—”๐—š๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ž๐—จ๐—Ÿ ๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ช๐—œ๐—ฅ๐—” ๐——๐—œ ๐——๐—˜๐—œ๐—ฅ ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐Ÿฑ ๐— ๐—”๐—– ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ Alhamdulillah syukur, Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Pada 5 Mac 2024, bantuan seterusnya

Aloittelijan opas uhkapelaamisen maailmaan

Aloittelijan opas uhkapelaamisen maailmaan Uhkapelaamisen perusteet Uhkapelaaminen on toimintaa, jossa pelaaja asettaa panoksia voiton toivossa. Tรคmรค voi sisรคltรครค erilaisia pelejรค, kuten pokeria, rulettia ja kolikkopelejรค.

Scroll to Top

JOM MASUK PERWIRA

Sila Lengkapkan Borang Pendaftaran Dibawah :