Program Cahaya Ramadhan 2024 telah bermula pada bulan penuh barakah ini, dengan Perwira meluaskan agihan bantuan ke pelbagai negeri melalui para sukarelawan dan ahli tempatan. Bantuan berupa kotak Ramadan diagihkan kepada golongan yang memerlukan, termasuk asnaf, fakir miskin, anak yatim, serta keluarga berpendapatan rendah. Penerima manfaat menerima kotak makanan, duit raya untuk kanak-kanak, dan hadiah raya untuk ibu tunggal, sambil turut menyertai program komuniti yang dianjurkan.
ย
