Kelab Perwira Malaysia berjaya menyempurnakan Program Mukhayyam Khoriji 2024 yang melibatkan pelajar dari Maahad Tahfiz Al-Fateh, bermula 30 Ogos sehingga 1 September lalu.
Sepanjang tiga hari program berlangsung, para peserta telah mengikuti lapan slot modul latihan yang disusun khas oleh barisan Jurulatih Perwira. Program ini bertujuan untuk melatih kemahiran dan jati diri generasi muda agar menjadi individu yang sentiasa bersedia berkhidmat demi tanah air.
Kejayaan program ini turut didorong oleh kerjasama erat daripada pihak Mudir dan guru-guru (ustaz) yang turut turun padang memberikan sokongan. Selain itu, faktor cuaca yang baik sepanjang hujung minggu tersebut membolehkan semua aktiviti dijalankan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.
Pihak Kelab Perwira Malaysia berharap agar khidmat latihan seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi melahirkan generasi Al-Quran yang bukan sahaja berilmu, malah berkemahiran tinggi dan cintakan negara.


