
Bencana adalah sesuatu tragedi yang terjadi tanpa mengira waktu dan tempat. Justeru itu, ilmu persediaan bencana adalah satu keperluan bagi setiap rakyat Malaysia. Kesedaran harus dipupuk dari awal dan latihan bagi melatih minda serta fizikal juga perlu diterapkan bagi membolehkan rakyat Malaysia bersedia dalam apa jua situasi yang berlaku.
Sumbangan yang diberikan adalah amat bererti bagi peserta Program Latihan Persediaan Banjir dan pihak kami ingin menyediakan kit ‘survival’ kepada peserta supaya latihan dan kemahiran yang telah diberikan dapat dipraktikkan menggunakan kit tersebut sekiranya bencana terjadi. Setiap sumbangan anda semua adalah menjadi asbab keringanan kesusahan yang dihadapi oleh setiap individu yang berada di lokasi banjir.