Kelab Perwira Malaysia berjaya menganjurkan program pendakian di Rawang Bypass Trail pada 28 September 2024 dengan penyertaan memberangsangkan daripada ahli individu dan juga keluarga.
Program ini bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat dan aktiviti riadah berlandaskan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Selain menguji ketahanan fizikal, penganjuran ini menjadi platform unik bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan menerusi aktiviti luar.
Kelab Perwira Malaysia menyeru orang ramai untuk terus menyertai siri aktiviti kemahiran dan riadah akan datang bagi melahirkan komuniti yang aktif dan sentiasa bersedia berkhidmat.


