Kelab Perwira Malaysia telah bekerjasama dengan Kelab Penyayang Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah (UMPSA) untuk menyantuni anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Permata Camar Nadwah. Dalam program Sambutan Hari Raya bersama Permata Camar, Kelab Perwira Malaysia turut serta mengagihkan baju raya kepada 30 orang anak yatim.


